Thursday, April 16, 2009

SEJARAH PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Sekolah mula ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi pada tahun 1980 bermula dengan sebuah perpustakaan yang sebesar 3 buah kelas biasa di Blok B.Selepas itu ia dibahagikan kepada 2 buah bilik unit PSS yang lain iaitu bilik Alat Pandang Dengar(APD) dan perpustakaan.Bilik Bahan Bantu Mengajar pula ditempatkan di bangunan yang sama di tingkat bawah.
Pada tahun 2000 pula, semua sekolah dinaik taraf dengan pembinaan sebuah makmal komputer yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan warga sekolah.
Makmal Komputer ini dilengkapi dengan 10 buah komputer,
sebuah komputer guru dan server

Wednesday, April 15, 2009

SELAMAT DATANG KE PSS SK TITI TINGGI


SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi bermula apabila Encik Hashim bin Abdullah yang berasal dari Pulau Pinang mengajar beberapa orang kanak-kanak di sini sekadar membaca, menulis dan mengira.Pada masa itu, kelas tersebut sekadar menumpang diMasjid Kampung Titi Tinggi Hilir.

Semakin hari bilangan pelajar beliau semakin bertambah dan ruang belajar semakin kecil.Dengan dorongan yang kuat dari Encik Hashim, satu jawatankuasa bertindak telah dibentuk untuk memohon pembinaan sebuah sekolah di Kampung Titi Tinggi ini.

Akhirnya pada 1 Jun 1950 sebuah sekolah teh dibuka dengan rasminya.Jumlah pelajar pada masa itu adalah 102 orang dengan seorang guru besar dan 2 orang guru pelatih. Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada rumbia dan berdindinkan zink serta berlantaikan simen. Luasnya

78 X 25 kaki persegi.

Kini skolah ini dilengkapi dengan 12 buah bilik darjah, pejabat,bilik gerakan, bilik guru,makmak komputer, perpustakaan, bilik BBM, bilik APD,bilik kaunseling, bilik muzik,makmal sains,Bilik kesihatan, bilik SALC,bilik pemulihan, bengkel Kemahiran Hidup, surau dan kantin.